Jul 23, 2012

Indahnya ramadhan


asalamualikum korang , 
wii mesti ade yg dah sumpah seranah i kan sebab xhabis2 kata nak update blog tapi nan hado kan ...
relax2 korang , xelok marah2 bulan puasa nie =D ...

korang apa khabar sihat ke ??
ehh kejap , korang xsalah masuk blog laa ... nie still lagi blog i (imashariza.blogspot.com) tu ...
alhamdulilah niat saya sudah tercapai =')
thx pada yang memberi galakan dan panduan pada ima untuk berhijab .... especially to my mom ....
hee yg nie nanti ima cerita lain okay ....

selamat menyambut bulan ramadhan korang ...
secara jujurnya ima dapat rasakan yang ramadhan ima pada tahun nie macam agak istimewa sikit =) ...
okay jom kita usha2 sikit ape kelebihan bulan ramadhan nie 

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.
Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


· Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
 
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN
· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t. · Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak. · Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga. · Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


renung2 kan dan selamat beramal ye korang , sekadar berkongsi shj
( sedar diri sendiri pun xsempurna lagi malahan jauh lagi dari sempurna )
tp ima sendiri mencuba jadi yang lebih baik =D ...
salam ramadhan semua =)


7 comments:

  1. takde manusia yg sempurna ima
    ape yg penting usaha kita ke arah kebaikan tu ikhlas dan bukan sebab siapa2 kecuali Allah
    neway, akak pun xde la baik sgt.sme cm ima,sdg berubah...
    akak doakan yg terbaik untuk ima ye dik
    all the best yang!

    ReplyDelete
  2. congrat.. moga jadi yg lbh baeik.. :) happy 4 u

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah adik ima...
    semakin cantik akak tgok...;)hehehe...

    ~Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya...

    semoga adik menjadi insan yang tercantik sekali melengkapi hati, akal dan iman....MK..

    ReplyDelete
  4. salam ima,
    akak mule 'minat' ima sebab ima sorg budak yang baik, lembut dan sangat cantik di mata akak
    akak mule kenal ima, melalui amirul
    glad to know u dik :)

    ReplyDelete